Posts

Showing posts with the label University Life

Peperiksaan

Image
Assalamualaikum Hi!! Hello awak semua dah ganti puasa? Today, Im fasting and still ada 4 hari lagi untuk diganti :) 44 hari lagi sebelum Ramadhan tiba (saya excited sangat bila Ramadhan, ada suatu perasaan yang sukar digambarkan, tapi bab terawih tak pernah penuh every years : / sob sob) Selain dari perasaan excited nak sambut Ramadhan, ada satu lagi perasaan yang sering mengganggu emosi iaitu, aku rindu nak pergi ke kuliah, rindu nak mengarang di dalam dewan peperiksaan, tak rindu nak buat assignment, rindu nak study subject baru every semesters, rindu zaman-zaman yang library adalah rujukan yang wajib!! (haha aku tipu yang ni, aku tak rajin pergi library) Kalau ikutkan, aku bukan lah seorang student yg berjaya sangat, PMR dan SPM >5A, Diploma dan Degree dekan every semester hihi bukan nak show off but its reality. Orang kata grad bukan penentu sama ada awak bagus atau tidak, tapi still kalau awak pergi interview dengan kelulusan 1st class dan 2nd class, awak ...

Important Date

Quick update from me, 25 April - Theory of Planning 26 April - Submission of Thesis :( 28 April - Planning Practice Ethic 3 May - My Birthday :D 5 May - Method Analysis Next week gonna be the chaotic week for me. Good luck in your final exam Nadiah.

Okey now I have one wee!

Image
Hi my name is Nadiah binti Ismail and I am 23 years old by this year :)

Paper 1st : Transportation Planning 8-11-2010

Image
Dua subject untuk final ni, Transportation Planning yang sudah berakhir pada pagi tadi, dan pada hari rabu ini English for Communication. Saya mulakan exam di iringi dengan doa, tapi saya juga turut di iringi sakit perut yang berpanjangan sehingga ke minit ke 30minit before tamat masa. Oh boleh tak saya nak merungut tentang soalan spot yang di buat tapi satu dua je yang masuk dan selainnya, alhamdulillah boleh di jawab tapi tak tahu lah betul atau tak :) Semalam, saya mengadu dengan Imran,saya tak boleh nak terima ilmu yang di baca walaupun saya dah baca dua tiga kali nota yang di buat. Jadi Imran pun nasihatkan saya untuk solat dahulu, dan minta keredhaan Allah untuk menuntut ilmu. Katanya berapa banyak yang di bawa, tapi kalau masih belum tunaikan apa yg wajib, takkan dapat keredhaan darinya. Jadi saya pun menunaikan semua tanggungjawab saya dahulu, dan Alhamdulillah saya boleh buat lepas tu :) Jadi sama lah dengan tadi, apa yang boleh di lakukan adalah tawakal dengan usaha ya...

Usaha tangga kejayaan *wah*

Image
Sampai sahaja ke bumi Johor Bahru pada hari Ahad yang lalu, aku terus bergegas di hadapan muka latop untuk meneruskan kerja-kerja yang masih dalam 20% siap. Dalam hati kuat berkata "Ok aku boleh siapkan on time" . Dan hari ini, aku boleh tersenyum lebar kerana semua tugasan yang di rancang siap dalam masa yang di tentukan. Alhamdulillah. Wee sketchup pertama di atas pelan susun atur yang didesign sendiri dan hasil titik peluh diri sendiri, *Bangga* :D Selamat berjaya untuk exam minggu depan dan viva pada minggu yang seterusnya. Ps : Pada yang lain juga

A letter to friends

I know I'm not a good friend, I cant control my own temper, I always forgot other feeling, I always makes people getting annoyed with me. But trust me, I'm a good listener, you can count on me if you have something to say, Just knock on my door and sit in-front of me and tell me everything. Sometimes, you cant keep your problem by yourself, even-though you hate me (if so), Ignore that feeling and tell me everything until you feel comfortable, I will help, If I can :'] And this is friends for.

This what I call as "Rubbish"

'm so stress right now, I dont need aircond, I dont need a storyline, It make me feel sleepy, It make me sick. I want to breath clean air, I want to go to Titiwangsa, I want to go to the top of hill, I want to go to the beach, I want to try bungy jump, I want to shout until my last voice Oh this haze make me sick. I dont want to go back to Skudai :/ All this stuff is killing me but Im totally sure that I can finish all this on time. 4 panel for studio (Master plan, landscape plan, road and drainage plan, sketchUp plan), LCP Report, proposal for tesis, report for option, test for option. Yeah Good Luck, ! Allah, give me a strength :(

Perkara yang sering dilupakan

Hari ini, langit cantik membiru ditemani awan yang putih. Dah beberapa minggu aku tak rasa suasana ini, Walaupun badan dapat merasa haba yang datangnya dari luar tingkap, tapi perasaan ini sangat warm sehinggakan terlupa hal-hal keduniaan. Sedangkan, terlalu banyak hal-hal yang masih belum diselesaikan, masih banyak tugasan yang diberikan, dan masih panjang lagi perjalanan hidup ini Ya Allah, Kau cekalkan lah hati hamba mu ini, terlalu sukar untuk aku tangani perkara-perkara keduniaan ini, Tidak terkira kemahuan di hati tanpa memikirkan sama ada mampu atau tidak melakukannnya. Ya Allah kau berikan lah aku ketenangan jiwa dan kau terangkan lah hati aku ini. Berikanlah kekuatan untuk menghadapi segala dugaanmu. Amin

Fast forward button

Image
Kalau lah perasaan suka tu berpanjangan sampai bila-bila, aku rasa kehidupan mesti akan sentiasa bermakna dari hari ke hari. Tapi kenapa, hari demi hari perasaan tu kerap kali muncul? Setiap hari bercakap dengan diri sendiri, tolong bersabar-tolong bersabar dan tolonglah teruskan bersabar nanti lukakan hati orang lain. Lagipun dia bukan datang masa rasa senang je,kadang-kadang masa susah pon dia datang juga, mungkin dia pon ada sebab lain yang aku sendiri tak faham kan :) *Tapi tolonglah jangan tunjukkan yang saya hanya berkepentingan masa awak rasa susah je. Please, saya takut lukakan hati/perasaan awak :( *Ini tiada kaitan dengan kekasih hati saya (Wan Aimran) harap maklum

Persiapan raya

#nowplaying Lagu Merdeka by Sudirman (sigh) haha tiba-tiba je lagu ni keluar di Red-Fm. Wah nak merdeka, nak raya :3 tapi macam mana ni tiada semangat petriotik dalam diri ini T.T aiya kalau dulu kecil-kecil pagi-pagi mesti abah ajak pergi dataran merdeka naik bas :D naik bas lah tahu tak sesak betul tapi sekurang-kurangnya ada kenangan manis tu. Eyh eyh lari tajuk pula, wah nak raya, dalam kepala urgh macam-macam belum ada ni, kasut raya, baju raya pun belum tengok lagi macam mana, tudung lagi :) Duduk di kampus memang tiada semangat raya langsung, hari berlalu seperti biasa, bangun pagi pergi kelas, malam sambung buat kerja dan diikuti dengan keesokkan harinya. Ai tu lah sebab masa berlalu dengan pantas bila rutin harian yang dilakukan sama je sepanjang hari. Oh ya, banyak betul cita-cita aku nak buat balik raya ni, nak cat rumah nak tukar langsir baru, nak belikan baju untuk anak-anak buah, nak belikan something untuk adik-adik (wah cakap macam dah bekerja pula) tapi tak sabarnya na...

Setiap tahun

Tahun 1, Aku baru menjangkau umur 18 tahun, pemikiran masih tidak matang, pakaian masih skema, percakapan masih kebudak-budakan. Baru kenal dengan perkataan kuliah dan pensyarah. Hari-hari bangun bukan macam pergi sekolah pukul 7.15 pagi dah ada dalam kelas, tapi bangun sembahyang subuh dan tidur balik ,pukul 8.00 dah ada dalam kelas :) Tahun 2, Baru aku tahu yang bukan senang hidup di universiti. Waktu ni aku pernah menangis sebab tak dapat jawab apa yang lecturer tanya masa viva. Tapi alhamdulillah ada hikmah di sebalik kejadian, jadi sekarang lancang betul mulut aku nak jawab soalan kan. (maaf lah ye lecturer i yang ajar dulu-dulu) Tahun 3 , Waktu ni masih di awang-awangan lagi walaupun aku tahu yang aku layak untuk bekerja sekiranya aku tak sambung belajar. Tapi apakan daya masih banyak yang perlu aku tempuhi dan masih banyak yang perlu aku pelajari.Dunia bekerja masih tak sesuai untuk aku, walaupun dalam hati keinginan aku berlipat ganda berbanding kemampuan. Tapi tak ...

Yang pertama dalam ramadhan

Aku tak sempat nak kira hari ini adalah puasa yang keberapa, dan aku juga tidak mahu lupa untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada kenalan dan rakan blogger. Aku ada satu perasaan di mana aku tak sabar nak sambut ramadhan, mungkin sebab aku rindu kenangan-kenangan yang masih segar di ingatan, dan setiap tahun hajat aku hanya satu ni memang tak pernah tercapai pun, iaitu untuk berpuasa penuh. Hihi hari ini sahaja adalah hari ketiga aku tidak berpuasa, mana mungkin untuk puasa penuh dalam ramadhan kan nadia haha. Hidup kalau tiada cabaran, tak ada lah namanya hidup yang penuh cabaran, jadi ramadhan kali ini, terlalu kuat dugaan yang datang, dua kali proposal projek saujana muda aku di reject, masalah emosi yang susah di kawal, masalah hubungan, masalah dengan rakan-rakan yang sebenarnya datang dari aku sendiri, masalah belajar dan macam-macam lah. Mental dan fizikal aku mungkin tidak cukup matang untuk menghadapi perkara-perkara ini, dan kadang-kadang perkara yang paling di benci a...

Esok untuk siapa

Image
Hai cuti, Aku kembali, rindu tak bila dapat cuti? sebelum ini kan kau selalu merungut yang kau selalu tak cuti, kerja lah, program lah. Ini dah dapat cuti, GEMBIRA tak? Haish kemana lah nadiahismail yang dulu tu, yang kuat bercerita, yang rajin menaip, yang kuat tengok cerita korea, yang rajin stalker page orang. Kenapa ini, kenapa ini? Entah dah banyak benda yang berlaku dua tiga bulan ini, macam dah hilang keyakinan pada diri sendiri. Tapi alhamdulillah walaupun banyak rintangan dan dugaan yang Allah berikan sepanjang minggu peperiksaan aku yang lepas, aku masih boleh buktikan yang aku pandai untuk tidak mencampur adukkan masalah perasaan dengan pelajaran aku. Alhamdulillah, Allah masih menyebelahi aku. Teruskan usaha pada sem depan dan tolong tukar target ey tamo hanya takat lulus sahaja, 1st class dalam tangan eyh? =] (senyum sampai telinga, padahal dah kurang 0.02 dah apalah ) Oh petang nanti aku akan berangkat ke Johor Bharu, ke rumah kakai. 28 haribulan ini adalah hari...

Nak buka mata besar-besar

Image
Salam. Bercakap dengan diri sendiri "Tau tak, dah lama kau tak tulis apa-apa tentang diri kau dalam ni,sampai satu tahap, aku nampak kau lupa siapa diri kau yang sebenarnya. Alasan tiada masa, tapi itu bukan alasan yang paling kukuh untuk kau review balik apa yang betul dan apa yang salah tentang diri sendiri. Masa untuk tido ada je @_@, So sapa kata kau tak ada masa" =__= YEAP aku rindu nak jadi blogger balik, aku rindu nak berceloteh kat sini. Aku rindu nak pasang angan-angan kat sini. Aku rindu nak berimaginasi di sini. Disebabkan aku terlampau lama tidak menaip atau mengarang, sampaikan menaip di phone juga aku boleh typo. Otak-otak kau perlu banyak berfikir, jangan asyik lari dari dunia nyata. PLEASE Appreciate,Appreciate,Appreciate