Setiap tahun

Tahun 1, Aku baru menjangkau umur 18 tahun, pemikiran masih tidak matang, pakaian masih skema, percakapan masih kebudak-budakan. Baru kenal dengan perkataan kuliah dan pensyarah. Hari-hari bangun bukan macam pergi sekolah pukul 7.15 pagi dah ada dalam kelas, tapi bangun sembahyang subuh dan tidur balik ,pukul 8.00 dah ada dalam kelas :)

Tahun 2, Baru aku tahu yang bukan senang hidup di universiti. Waktu ni aku pernah menangis sebab tak dapat jawab apa yang lecturer tanya masa viva. Tapi alhamdulillah ada hikmah di sebalik kejadian, jadi sekarang lancang betul mulut aku nak jawab soalan kan. (maaf lah ye lecturer i yang ajar dulu-dulu)

Tahun 3, Waktu ni masih di awang-awangan lagi walaupun aku tahu yang aku layak untuk bekerja sekiranya aku tak sambung belajar. Tapi apakan daya masih banyak yang perlu aku tempuhi dan masih banyak yang perlu aku pelajari.Dunia bekerja masih tak sesuai untuk aku, walaupun dalam hati keinginan aku berlipat ganda berbanding kemampuan. Tapi tak salahkan pasang cita-cita.

Tahun 3, Anak manja abah yang selalu berkepit di bawah bantuan abah akhirnya pergi jauh meninggalkan rumah. Walaupun dah biasa tinggalkan rumah, tapi kadang-kadang aku masih perlukan keluarga untuk di susahkan.Kadang-kadang aku sangat down sampai aku hampir putus asa dengan apa yang aku buat, tapi satu je pesanan yang selalu diingati "Nadia, grad tak menentukan apa-apa, tapi pengalaman dan skill kamu yang menentukan masa depan kamu"

Tahun 4, Aku sebenarnya keliru dengan subject option dan projek saujana muda (Psm). Aku pilih Rural sebab aku nak terbang ke Indonesia :) Mungkin betul cakap arwah Pak Amir "Nadia, nanti kamu grad, kamu ambil transportation jelah" ye pak amir ye pak amir, hati aku kuat dengan subject ni, tapi kadang-kadang aku harap sangat arwah masih hidup dan aku buleh call dia dan minta nasihat dia. Tapi, tak pelah, dah tiba masanya untuk aku berdiri atas kaki sendiri.Hari-hari nak doa supaya aku boleh buat untuk habiskan tahun akhir ini dan grad mengikut waktu yang ditetapkan.

Ala sekejap je nadia, nanti dah boleh jalan-jalan di seluruh dunia kan :3

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)