Yang pertama dalam ramadhan

Aku tak sempat nak kira hari ini adalah puasa yang keberapa, dan aku juga tidak mahu lupa untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada kenalan dan rakan blogger. Aku ada satu perasaan di mana aku tak sabar nak sambut ramadhan, mungkin sebab aku rindu kenangan-kenangan yang masih segar di ingatan, dan setiap tahun hajat aku hanya satu ni memang tak pernah tercapai pun, iaitu untuk berpuasa penuh. Hihi hari ini sahaja adalah hari ketiga aku tidak berpuasa, mana mungkin untuk puasa penuh dalam ramadhan kan nadia haha.

Hidup kalau tiada cabaran, tak ada lah namanya hidup yang penuh cabaran, jadi ramadhan kali ini, terlalu kuat dugaan yang datang, dua kali proposal projek saujana muda aku di reject, masalah emosi yang susah di kawal, masalah hubungan, masalah dengan rakan-rakan yang sebenarnya datang dari aku sendiri, masalah belajar dan macam-macam lah. Mental dan fizikal aku mungkin tidak cukup matang untuk menghadapi perkara-perkara ini, dan kadang-kadang perkara yang paling di benci allah datang dalam diri aku, iaitu putus asa, tapi nasib baik hati ini masih kuat untuk melawan dan terima kasih kepada penawar dan racun yang banyak membantu ketika aku sedih dan putus asa. Kalau tiada masalah dalam hidup, hidup mesti tak menarik kan. Ye lah masalah yang datang ni pun cukup tak menarik bagi aku. Esh ni buat aku rasa tak sabar nak balik kampung,nak senang lenang dekat rumah nenek tanpa fikir masalah-masalah ini :)
Tahan sikit ye, lagi setengah tahun je. Orang sekeliling saya perlukan awak, tolong faham saya walaupun awak susah nak faham saya.

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)