Oh Japan (Day 1) - Kyoto (Part 2)

Kami tiba di Kyoto St. sekitar 9.30 am. I have good impression about this place! Bila keluar dari train, pekerja yang bertugas untuk membersihkan train will stand in front of the door and greet us with a bright smile and say "arigatou". It some kind of sense of welcoming for a guests. Aku agak terkejut melihat budaya seperti ini, berbudi bahasanya mereka. 


Kami bergerak ke center exit memandangkan lokasi Hana Hostel berdekatan dengan exit ni. Ketika berjalan ke center exit, aku terpandang satu mesin yang dipanggil sebagai fare adjustment. Aku beranggapan bahawa mesin ini berfungsi untuk membolehkan penumpang menambah tambang perjalanan bagi penumpang yang tersalah station. Aku rasa Malaysia perlu mencontohi kaedah ni memandangkan manusia boleh mengubah keputusannya dalam sekelip mata (Hihi).


Kyoto St. dilengkapi dengan kemudahan seperti tourist/bus information center, disabled facilities, washroom, post office, coin locker ticket machines, fare adjustment, shopping area, restaurant, baby-change facilities and etc. I'm admiring how Japanese architects adapted disable facilities in the station, it provided ramp, wheelchair public telephone, wheelchair public lavatory, elevator, disable train board and etc. Di Kyoto St. ni terdiri daripada beberapa jalur keretapi seperti Tokaido Line, Shinkansen, Sagano Line, Haruka Line, tapi dengan kemudahan signage yang lengkap, memang takkan sesat la walaupun mula-mula tu blur.


Keluar sahaja dari Kyoto St. kami terus dihiasi dengan pemandangan replika Kyoto Tower yang gah berdiri di atas Kyoto Tower Hotel. Kyoto beb (haha)! Satu keunikan yang terdapat di Kyoto adalah pedestrian crossing signal sound. Bunyinya comel and it's a pleasant to crossed with that sound. Signal sound ni hanya didapati di Kyoto, Nara dan beberapa tempat di Osaka. Mungkin disebabkan Kyoto dan Nara adalah bandar perlancongan dan tidak sesibuk bandar-bandar lain seperti Tokyo dan Osaka.


Kami berjalan lebih kurang 7 minit dari Kyoto St. ke Hana Hostel untuk meninggalkan bagasi dan bersedia untuk menawan Arashiyama yang terletak di kawasan barat Kyoto. Kami menaiki train dari Kyoto St. ke Umahori St. dan bertukar ke Toroko Kameoka St. untuk menaiki Sagano Sight-seeing Tram. 


Train akan melepasi Kameoka St sebelum tiba di Umahori St. Jadi kami perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk ke Kameoka St. Tibanya kami di Kameoka St, kami terserempak dengan satu kumpulan pelajar tadika yang berpakaian serupa macam sin chan. Dari topi, kasut dan bag!


Sagano Sight-seeing Tram bergerak setiap 30 minit dari Kameoka St ke Sagaarashuyama St. dan akan berhenti di dua station iaitu Hozukyo St dan Arashiyama St. Tapi kami berhenti di Sagaarashuyama St. sebab nak sewa basikal untuk ke Bamboo forest and Togetsukyo bridge. Sagano sight-seeing tram ni tidak beroperasi pada hari Rabu kecuali cuti umum.









Susah untuk aku gambarkan perasaan ketika melalui sungai Hozu. Penerangan yang diberikan oleh konduktor tram adalah dalam Nihongo. Jadi ia satu kerugian untuk tidak memahami penerangan yang diberikan, cuma kami sempat bersorak bila konduktor mendendangkan sebuah lagu dalam Nihongo kepada kami. 


Di Sagaarashuyama St, terdapat replica keretapi dan model pekan Arashiyama pada masa dahulu. Sempat juga kami membelek-belek model dan singgah di beberapa kedai cenderahati. Kami meneruskan perjalanan dengan mencari kedai penyewa basikal yang terletak di bahagian kanan station. Harga sewa basikal yang ditawarkan agak mahal dan kami dikehendaki untuk memulangkannya pada jam 5 pm. Kami cuba nasib dengan meminta discount memandangkan jam menunjukkan pukul 1 pm tapi di tolak dengan ugutan you walk 15 min to Bamboo forest and 20 min to Togetsukyo bridge (HAHA). Pandai obasan ni berniaga.


Tadaa!! Lama betul tak mengayuh basikal. Agak sukar pada mulanya memandangkan basikal di sana tak sama seperti basikal di Malaysia walaupun rodanya masih 2. Terdapat bakul disediakan di bahagian hadapan basikal dan bila bakul penuh dengan barang, daya keseimbangan kami lari ke laut (Haha).




Walaupun dengan berbasikal memudahkan kami untuk bergerak ke sekitar Arashiyama. Keadaan muka bumi yang berbukit di Bamboo forest menyebabkan kami lebih sibuk mengayuh dan menguruskan basikal berbanding menikmati keindahan pemandangan dan bergambar di bamboo forest ni. Rata-rata pelancong di sana hanya berjalan kaki berbanding berbasikal kerana kebanyakkan pelancong terdiri dari penduduk Jepun sendiri (tidak hairan la kan). 


Tak lama pun kami di Bamboo Forest, kami meneruskan kayuhan kami ke Togetsukyo Bridge sambil menikmati pemandangan yang indah disekitar kawasan ni. Tidak sukar untuk berbasikal di sini walaupun tiada laluan khas untuk basikal. Ini kerana kenderaan bermotor memberi laluan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal walaupun kelebaran jalannya ni tidak la selebar mana.





Kami bergerak balik ke Kyoto St. pada jam 6 pm dan terus menuju ke Gion untuk melihat apa sebenarnya yang ada di sana. Tapi malangnya kami sesat! Berhenti di station bus Gion tapi bila keluar je kami terus blur, eyh dekat mana ni?? (Haha) Tujuan kami ke sana adalah untuk ke Gion corner dan ke Shinkyogoku untuk makan malam. Dengan bantunan obasan dan onisan yang kami tegur di tepi jalan, akhirnya sampai juga kami di Shinkyogoku. Orang Jepun yang berumur lebih peramah dan mudah membantu walaupun mereka tak boleh berkomunikasi dalam English. Untuk memudahkan komunikasi dua pihak, kami tunjuk gambar Shinkyogoku dan dia mengarahkan untuk ikut mereka dari belakang. Termengah-mengah juga kami untuk kejar langkah orang jepun ni berjalan walaupun beza umur adalah 20 tahun!


Akhirnya jumpa juga kami dengan kedai yang menjual udon. Udon di sana sangat sedap dan lembut. Bukannya kami tak makan sepanjang perjalanan, cuma roti dan biskut tak mampu untuk menggantikan tenaga yang hilang dari berjalan tadi (Haha). Terdapat pelbagai jenis kedai makanan di Kyoto cuma kami tak berani nak mencuba sebarangan sebab mereka gemar menggunakan alcohol di dalam makanan mereka. 


Tamat la perjalanan kami pada hari pertama di Kyoto.

Itinerary hari pertama
Shower - 500 yen
Train dari Kansai St. ke Kyoto St. - 2770 yen
Kyoto Hana Hostel (3 malam) - 8400 yen
Train dari Kyoto St to Umahori St - 320 yen
Train dari Kameoka St ke Sagaarashuyama St - 600 yen
Sewa basikal - 1000 yen
Train dari Sagaarashuyama St ke Kyoto St - 330 yen
Bas dari Kyoto St ke Gion St - 220 yen
Train dari Kyoto Shinyakusyo-mae St. ke Kyoto St - 250 yen
Udon - 380 yen

Comments

JaMiLa said…
bestnye ko nad..sll melancong..huhu take care dear..
bestnya bestnya..nak g gak nnt..
Unknown said…
cantiknya kyoto..dari dulu teringin nak dtg sana. mcm dlm mimpi.

Jeles sekarang.
glokaladventure said…
Ada sambungan lagi tak....? Nk tau full itinerary.... :)
niL said…
Bile nak sambung lagi? Best baca.. :-)

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Peperiksaan

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon