Pulau Perhentian; Part 2
Tepat jam 2.00 petang, Remy sudah menunggu dihadapan muka pintu bilik menunggu kami untuk ke Rawa Island. Guider yang akan menemani kami pada petang itu adalah Azma Setelah selesai segala urusan kami bergerak ke pit stop yang pertama iaitu Rawa Beach. Rawa Beach adalah point snorkeling pengenalan bagi individu yang baru kali pertama melakukan snorkeling. Rawa beach terkenal dengan pasirnya yang halus dan hanya pit stop ini sahaja mempunyai pantai, yang selebihnya kami dikehendaki terjun terus dari bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari B’First Resort dan akhirnya kami sampai ke Rawa Beach. Subhanallah bergitu jernih air laut sehingga aku dapat melihat ikan-ikan yang sedang bermain-main disebalik coral. Teruja sungguh anak bandar ini melihat keindahan semula jadi yang takkan ada di kawasan halamannya. Hanya kami bertiga sahaja untuk aktiviti Pulau Rawa ni, oleh itu setiap dari kami diberi perhatian sepenuhnya oleh Azma. Pada mulanya Azma m...