Pulau Perhentian; Part 2

Tepat jam 2.00 petang, Remy sudah menunggu dihadapan muka pintu bilik menunggu kami untuk ke  Rawa Island. Guider yang akan menemani kami pada petang itu adalah Azma Setelah selesai segala urusan kami bergerak ke pit stop yang pertama iaitu Rawa Beach. Rawa Beach adalah point snorkeling pengenalan bagi individu yang baru kali pertama melakukan snorkeling. Rawa beach terkenal dengan pasirnya yang halus dan hanya pit stop ini sahaja mempunyai pantai, yang selebihnya kami dikehendaki terjun terus dari bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari B’First Resort dan akhirnya kami sampai ke Rawa Beach.
Subhanallah bergitu jernih air laut sehingga aku dapat melihat ikan-ikan yang sedang bermain-main disebalik coral. Teruja sungguh anak bandar ini melihat keindahan semula jadi yang takkan ada di kawasan halamannya.



Hanya kami bertiga sahaja untuk aktiviti Pulau Rawa ni, oleh itu setiap dari kami diberi perhatian sepenuhnya oleh Azma. Pada mulanya Azma membawa Kak Nata ke sekitar kawasan pulau dan seterusnya giliran aku. Disebabkan aku ada basic berenang, Azma meminta untuk mengikutnya dari belakang dan mengarahkan untuk memberikan isyarat ‘KO’ sekiranya terjadi apa-apa ketika aktiviti snorkeling. Ketika snorkeling di sekitar pulau, kami terserempak dengan ikan pari, baby shark dan beberapa ikan yang baru pertama kali aku lihat. Dua tiga kali aku hampir kehabisan nafas akibat panik dengan keadaan laut yang sungguh tidak dijangka terutamanya ketika Azma memberi isyarat bahawa terdapat baby shark di hadapan kami. Haha bagi Azma, terserempak dengan ikan seperti ini adalah satu kebiasaan tapi tidak untuk aku!

Seterusnya kami bergerak ke destinasi kedua iaitu Tuku Burung. Tempat ini diberi nama sedemikian kerana permukaan pulau ini terdiri dari batu-batu yang menjadi tempat persinggahan burung-burung. Di sini, Azma membiarkan aku snorkeling tanpa memakai life jacket dan sekali lagi aku panik bila kami terserempak dengan baby shark. Nasib Azma bergitu pantas mendapatkan aku ketika aku hampir menelan kesemua air laut ke dalam ruang pernafasanku. (Ha-ha-ha).

Setelah kepenatan melakukan snorkeling di dua tempat ini, Azma membawa kami ke destinasi terakhir iaitu Light House. Azma menerangkan, selain dari melakukan terjunan dari Light House, di sana mempunyai coral yang terdiri dari pelbagai warna. Ketika tu, aku bergitu teruja dan curious untuk melihat warna-warna yang terdapat di alam laut ini. Setelah sampainya kami di sana, tidak terkata bergitu indah dan dalam masa yang sama, bergitu menakutkan alam laut ini bila aku terserempak dengan ikan yang berenang dalam kumpulan.

Sebelum kami pulang ke resort, aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan penerjunan dari Light House. Pada mulanya, agak berdebar kerana aku tidak bergitu mahir untuk berenang. Atas nasihat Azma di mana katanya, aku takkan tenggelam dalam laut sebab air laut lebih tumpat dari badan manusia, jadinya lepas tenggelam aku akan timbul balik dan Azma akan mendapatkan aku kembali. Lepas je terjun dua tiga kali, baru la aku terperasan yang Azma sengaja membiarkan aku tenggelam seketika dan baru la aku dicapai.



Berakhirlah aktiviti Rawa Island pada hari pertama, Sampai sahaja kami di resort, pelbagai lagi aktiviti boleh dilakukan seperti berkayak, snorkeling sekitar pantai, sukan pantai dan sebagainya. Tapi disebabkan keletihan, aku mengambil keputusan untuk menyalin pakaian dan hanya bersantai sambil menunggu makan malam disediakan. Keesokan harinya, kami akan melakukan Island hoping ke 5 point snorkeling. 

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)