Cerita sebelum raya

Aku baru saja pulang dari menziarahi kubur nenek, kakek, mak dan paman. Terasa seakan mereka ada disekeliling aku ketika aku membacakan surah yasin kepada mereka. Aku membesar dengan mengenali kubur mak pada usia 5 tahun, kubur kakek pada usia 16 tahun, kubur paman pada usia 20 tahun dan kubur nenek pada 26 tahun. Terlintas difikiran yang kat mana agaknya aku akan dikebumikan sekiranya terjadi apa-apa kepada aku kelak. Di Kedah kah? Di Kuala Lumpur kah? atau di Teluk Intan juga? Hehe Biar Allah uruskan semuanya.

Jadi raya tahun ni, aku berkeputusan untuk tetap berapa di Teluk Intan bersama-sama bikla dan shida. Abah dan mak ada bertanya, tapi aku hanya menyatakan yang bukan mereka tak biasa beraya tanpa aku. (Hi-hi) Tanpa kehadiran nenek pada tahun ini, agak kekok untuk kami menyediakan persiapan raya yang akan menjelang pada keesokkan harinya. Ditambah pula semua sepupu-sepupu dan adik beradik akan beraya di rumah mak mentua pada raya pertama dan kedua. Tak pelah, kami cuba untuk memeriahkan raya kali ni walaupun hanya bertiga. Kuih raya sudah disusun di atas meja, rumah sudah dikemas, baju raya dah siap di dalam almari, hanya menanti pagi besok untuk menyambut 1 syawal. (Hi-hi-hi)

Walaupun rasa agak suram raya kali ni, tapi 4 helai baju jugalah hasil borongan untuk dijadikan sebagai baju baru untuk syawal ini. (hi-hi). Selamat Hari Raya, tak sabar nak makan kuih raya pagi esok!
 #satuharisebelumraya
 

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Peperiksaan

Day 1 : Seoul, Korea : Ke Ewha Women Universiti