Day 1 : Seoul, Korea : Ke Ewha Women Universiti

Seterusnya kami ke Ewha Women University. Apa yang menarik di Ewha Women Univ. ini adalah kawasan ini terkenal dengan fashion street yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian, kelengkapan cosmetic, kasut dan tempat makan. Selain itu, pelancong dibenarkan untuk masuk ke dalam beberapa kawasan tertentu di dalam Ewha Women Universiti. Kepada penggemar kepada dessert, di sini ada Korea Dessert Cafe untuk Mango Sulbing, dan Beans Bins Coffe untuk  Strawberry Cheese Waffle. Tapi macam kami, dah terlalu kenyang, kami try dessert2 ni di cawangan Myeondong. Untuk ke sini hanya selang 2 station dari Sinchon St. Exit 2. Kami masih belum sampai pun lagi ke guesthouse, terpaksalah kendung bag 7 kg ni.


Simple je Universiti ni, tak ada pagar. Kami masuk sampai ke kawasan yang dibenarkan untuk pelancong sahaja. Penat dan sejuk untuk berjalan sampai ke dalam-dalam.


  
Cantik, itu jelah yang keluar dari mulut aku sepanjang berada di sini. Mungkin agak selesa untuk belajar sambil enjoy the environment, landscape dan tak banyak traffic. 


Jam pun dah menunjukkan jam 1 petang. Check in time di guesthouse kami adalah jam 3 petang. Jadi rasa dah boleh gerak ke Dongdaemun History & Culture Park. Kami akan bermalam di K-guesthouse Dongdaemun 1 sebanyak 5 malam. Guesthouse ni selesa, bersih, berdekatan dengan kedai buah, 7 eleven, bas airport transfer dan MURAH. Aku book melalui booking.com dengan rate 42,210won untuk 1 malam ~ RM146 . Exit yang paling dekat adalah Exit 7 Line purple. Kalau turun line biru dan hijau, menangislah betis dan tapak kaki ni nak sampaikan ke Exit 7 tu. Sebab sejuk sangat, tak ambil gambar pun kawasan sekitar guesthouse. Tangan bekuuuu 

*Bila dah dekat guesthouse, barulah tahu yang berdekatan dengan Ewha ni ada satu kedai namanya Alchon Albab yang menghidangkan bibimbap yang murah dan sedap! Tapi sebab kami dah fix dengan itinerary dan tak ke sini lagi. Mengidam jelah!! 

Comments

Unknown said…
Why you stop posting about korea trip? :(
Nak tau lagi pasal your day 2 and so on . Chaeball 🤗🤗

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Peperiksaan