Posts

Showing posts from August, 2010

Persiapan raya

#nowplaying Lagu Merdeka by Sudirman (sigh) haha tiba-tiba je lagu ni keluar di Red-Fm. Wah nak merdeka, nak raya :3 tapi macam mana ni tiada semangat petriotik dalam diri ini T.T aiya kalau dulu kecil-kecil pagi-pagi mesti abah ajak pergi dataran merdeka naik bas :D naik bas lah tahu tak sesak betul tapi sekurang-kurangnya ada kenangan manis tu. Eyh eyh lari tajuk pula, wah nak raya, dalam kepala urgh macam-macam belum ada ni, kasut raya, baju raya pun belum tengok lagi macam mana, tudung lagi :) Duduk di kampus memang tiada semangat raya langsung, hari berlalu seperti biasa, bangun pagi pergi kelas, malam sambung buat kerja dan diikuti dengan keesokkan harinya. Ai tu lah sebab masa berlalu dengan pantas bila rutin harian yang dilakukan sama je sepanjang hari. Oh ya, banyak betul cita-cita aku nak buat balik raya ni, nak cat rumah nak tukar langsir baru, nak belikan baju untuk anak-anak buah, nak belikan something untuk adik-adik (wah cakap macam dah bekerja pula) tapi tak sabarnya na

Setiap tahun

Tahun 1, Aku baru menjangkau umur 18 tahun, pemikiran masih tidak matang, pakaian masih skema, percakapan masih kebudak-budakan. Baru kenal dengan perkataan kuliah dan pensyarah. Hari-hari bangun bukan macam pergi sekolah pukul 7.15 pagi dah ada dalam kelas, tapi bangun sembahyang subuh dan tidur balik ,pukul 8.00 dah ada dalam kelas :) Tahun 2, Baru aku tahu yang bukan senang hidup di universiti. Waktu ni aku pernah menangis sebab tak dapat jawab apa yang lecturer tanya masa viva. Tapi alhamdulillah ada hikmah di sebalik kejadian, jadi sekarang lancang betul mulut aku nak jawab soalan kan. (maaf lah ye lecturer i yang ajar dulu-dulu) Tahun 3 , Waktu ni masih di awang-awangan lagi walaupun aku tahu yang aku layak untuk bekerja sekiranya aku tak sambung belajar. Tapi apakan daya masih banyak yang perlu aku tempuhi dan masih banyak yang perlu aku pelajari.Dunia bekerja masih tak sesuai untuk aku, walaupun dalam hati keinginan aku berlipat ganda berbanding kemampuan. Tapi tak

Yang pertama dalam ramadhan

Aku tak sempat nak kira hari ini adalah puasa yang keberapa, dan aku juga tidak mahu lupa untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada kenalan dan rakan blogger. Aku ada satu perasaan di mana aku tak sabar nak sambut ramadhan, mungkin sebab aku rindu kenangan-kenangan yang masih segar di ingatan, dan setiap tahun hajat aku hanya satu ni memang tak pernah tercapai pun, iaitu untuk berpuasa penuh. Hihi hari ini sahaja adalah hari ketiga aku tidak berpuasa, mana mungkin untuk puasa penuh dalam ramadhan kan nadia haha. Hidup kalau tiada cabaran, tak ada lah namanya hidup yang penuh cabaran, jadi ramadhan kali ini, terlalu kuat dugaan yang datang, dua kali proposal projek saujana muda aku di reject, masalah emosi yang susah di kawal, masalah hubungan, masalah dengan rakan-rakan yang sebenarnya datang dari aku sendiri, masalah belajar dan macam-macam lah. Mental dan fizikal aku mungkin tidak cukup matang untuk menghadapi perkara-perkara ini, dan kadang-kadang perkara yang paling di benci a