Pulau Perhentian; Part 1
Assalamualaikum
Sebelum terlupa pangkal dan pengakhir cerita, baiklah ianya disimpan sebagai kenangan. Pada 27 hingga 30 Mei 2014, sempena cuti umum israk dan mikraj. Aku berkesempatan untuk menambah koleksi percutian #thenadisightseeing dengan dua orang travel mate yg juga rakan sekerja. Kami bergerak ke Kuala Besut dari Alor Setar dengan menaiki bas Express Perdana pada jam 10.00 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam (wah!!) tapi tak terasa sangat sebab aktiviti kami sepanjang perjalanan adalah, membuta (?). Kami sampai pada jam 8 pagi di hentian bas Kuala Besut yang juga berhampiran dengan Jeti Pulau Perhentian. Sebenarnya aku pasang dua misi untuk percutian kali ini iaitu menghitamkan kulit dan makan. Wewewe aku teringin nak makan nasi dagang sebagai sarapan pagi, tapi terduduk dekat kedai mamak pula. Kejap, apa itu makanan sihat? HAHAHA
Persekitaran Jeti Kuala Besut agak selesa di mana ia disediakan surau, bilik air, gerai menjual makanan dan juga cenderahati. Mana-mana yang terpaksa menunggu untuk transit menaiki bas atau menunggu bot, boleh berehat seketika di sini. Sebelum berangkat ke pulau, kami dikehendaki membayar cukai peliharaan laut sebanyak RM5 kepada Jabatan Laut yang mana ia juga meupakan boarding pass untuk memasuki taman laut.
Kami gunakan perkhidmatan package (3 hari 2 malam) yang dikendalikan oleh travel agent yang kami gelar sebagai Remy (Jen nor - jen_82gal@yahoo.com). Package yang berjumlah RM330 termasuk tambang bot pergi dan balik (RM70), snorkeling Pulau Rawa (RM60), snorkeling 5 place perhentian (RM50), makan sebanyak 6 kali dan bayaran tempat tinggal. Memang berbaloi sangat kami rasa lah, kami dijaga dengan sepenuh perhatian supaya tak kebuluran di tengah laut nanti.Haha
Walaupun masih belum memasuki kawasan pulau, muka dah separuh hitam, Bayangkan hasil lepas 3 hari? misi pertama tercapai Tempoh perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Besar adalah lebih kurang 30-40 minit. Sepanjang perjalanan dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian, aku ditemani laut yang terbentang luas membiru ditemani burung yang terbang bebas di udara sambil terkenangkan nasib penumpang MH370 yang masih tidak ditemui. Bergitu luas, bergitu indah, bergitu dalam dan dalam masa yang sama terdetik hati kecilku ketakutan yang satu sekiranya berlaku apa-apa yg tidak dijangka. Tapi Alhamdulillah kami tiba ke destinasi dengan selamatnya. Kiranya ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke pulau selain Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Subhanallah, bergitu jernih air laut dan nyaman sungguh suasana di kawasan ni.
Kami menginap di B'First Resort, Pulau Perhentian Besar yang mana pulau ni turut menyediakan beberapa resort yang sesuai untuk percutian keluarga. Kami memasuki kawasan pulau pada jam 11 pagi dan memulakan aktiviti pada jam 2 petang. Pada mulanya, kami rancang untuk ke Pulau Redang dengan beberapa pit stop iaitu Long Beach, Marine Park, Lang Tengah, dan Spring Water. Akan tetapi plan ni terpaksa di batalkan kerana tak ada bot yang mahu ke sana (Minimum satu trip adalah 7 orang). Jadi Remy gantikan dengan trip Rawa Island dengan melawati 3 pit stop iaitu Light House, Tuku Burung dan Rawa Beach.
Sebelum melakukan aktiviti Rawa Island, kami berkesempatan untuk snorkeling di sekitar pantai di hadapan resort. Walaupun coral yang terdapat di sekitar pantai tidak secantik coral di snorkeling point, tapi ia tetap mengujakan dengan kejernihan airnya. Tapi malangnya, semua image ini hanya dapat disimpan di memori iangatan memandangkan kami tidak dilengkapi dengan waterproof camera. Ok rasanya duyung atau dugung nak menjelajah taman laut ciptaan Allah. Nanti kita sambung mengenai aktiviti Rawa Island yang kami lakukan pada petang hari tu. Ok bai
Comments
sbb akak pun nak gi pulau perhentian besar ni nanti..tu yg nak baca tu, hehe..