Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)

Assalamualaikum,

Negara yang dulu hanya dalam angan-angan kini telah dijejaki, Oh Japan. 30/09/13 yang lalu kami telah melawat ke negara matahari terbit tapi secara specific nya hanya berkunjung ke Osaka, Kyoto dan Nara. Kami tiba di Kansai Airport (KIX), Osaka pada jam 10.30 pm (waktu Japan) setelah mengharungi 6 jam perjalanan dari Malaysia. Setibanya kami di sana, kami melalui proses semakan kerakyatan di pintu immigration dan kastam. Since kerajaan Japan telah menarik balik requirement of Visa dari rakyat Malaysia, proses berjalan dengan lancar. Sambutan mesra dari pegawai di sana telah melebarkan lagi senyumanku walaupun jam menunjukkan hampir ke jam 11 pm. They're so friendly although we cant communicated well with each other, it's a good started to our journey.


Keterujaan terhadap Japan sangat terserlah di muka empat rakyat Malaysia di atas (Haha). Merekalah teman seperjalananku sepanjang di sana, Aisya, Kak Fae dan Munh. Memandangkan operasi train di sana tamat pada jam 12 am, kami buat keputusan untuk tidur di Airport. KIX menyediakan beberapa facilities seperti prayer room (4th floor), washroom, lounge (2nd floor) dan kerusi yang empuk! Jadi tak ada hal la nak tidur di sana.   


Tibanya kami di perkarangan International Arrival Terminal 1, kami terus ke Information Center yang terletak di tingkat 2 berhadapan dengan Lawson untuk meminjam blanket dan terus mencari port untuk tidur. Memang kecil dunia ni, aku terserempak dengan satu group dari Malaysia dan salah seorang dari mereka adalah rakan sekolah ku di TTJ, Fauzi. Mereka transit ke KIX untuk ke Tokyo pada keesokan harinya. 


Dinner kami malam tu adalah ketupat, sambal ikan bilis dan kuah kacang yang dibekalkan mak dari Malaysia (Haha). Dah terasa mcm raya pula bila dapat makan ketupat di perantauan. Pancakes ni di beli oleh salah seorang rakan Fauzi, kelaparan gamaknya. (Haha) comel-comel pancakes buatan orang Jepun ni, hergghh. Nak offer makanan kami, takut tak cukup pula untuk semua orang. Jadi selepas makan dan solat, kami merehatkan diri untuk aktiviti keesokan harinya.  


Ketika jam menunjukkan 2.30 am, kami dilawati oleh polis peronda KIX yang datang untuk menyemak passport/pengenalan diri passenger yang tidur di KIX. Tapi jangan risau, polis tu hanya mempersoalkan tujuan, asal dan menasihati supaya berhati-hati dengan barang peribadi ketika tidur.


Waktu subuh di Japan masuk pada pukul 4.30 am - 5.59 am dan waktu di Japan adalah +1 hour dari Malaysia. Bayangkan kami kena bangun pukul 3.30 am (waktu Malaysia) untuk bangun solat subuh?? (Hihi) Selesai je solat, kami bergerak ke Lounge yang terletak bersebelah McD untuk mandi dengan bayaran 500 yen bagi 15 minutes running water. Mula-mula rasa mcm sekejapnya 15 mins nak mandi? Tapi sebenarnya aku guna running water 5 -8 minutes je, nak mandi lebih-lebih rasa tak sesuai sebab shower spray sangat laju dengan air yang deras! Shampoo, shower gel, hair dryer dan bilik persalinan disediakan dan diperuntukan hanya untuk sejam. Tuala juga disediakan tapi untuk rental


Aku sangat tertarik dengan teknologi yang digunakan di Japan terutamanya di washroom yang user friendly. Semua benda automatic dan salah satunya adalah sensor hand sink. Please bear in mind that disabled people also needs their right to live. Aku sangat curious dan suka melihat bagaimana perancangan dilakukan dan disediakan oleh rakyat Japan.


Selesai mandi, kami bersiap-siap untuk ke destinasi seterusnya dan sebelum bergerak kami sempat merakamkan gambar bersama group (Home Run) Fauzi yang nak ke Tokyo untuk performed lagu diorang. (Hehe) Good luck guys!


Setelah 7 jam terperap di dalam ruang Airport, akhirnya kami dapat melihat matahari yang terbit di negara matahari terbit ni. Aku mengharapkan cuaca yang sejuk tapi, hergh suhunya masih sepanas Malaysia. (Haha)



Itinerary kami pada pagi tu adalah ke Kyoto. Kami menaiki JR Limited Haruka Express dengan tambang 2770 yen. Walaupun dah study cara untuk membeli ticket train, kami masih mengalami kesulitan sebab tiba-tiba ada banyak jenis ticket machine. Rupanya ada untuk Express Train dan Local Train, tapi semua explanation dalam nihongo, kami pun gelabah la! (Haha) Since kami naik Express Train, 2 ticket diperlukan or just pilih 2770 yen je. Cara nak beli ticket, tengok tambang bagi station yang kita nak pergi dekat train board, pergi ke ticket machine dan pilih nombor tambang yang terdapat dekat situ. Tambang bagi setiap station dah ternyata di ticket machines, jadi tak perlu gelabah ye kawan-kawan. (Haha) Perjalanan kami dari Osaka ke Kyoto dengan express train adalah 1 jam 50 mins. Bagi mana-mana yang nak save duit, boleh pilih Local Train dengan kadar tambang yang lebih rendah, tapi tempoh perjalanan mungkin lebih lama.

*Korang tak payah risau kalau termasuk Express Train dengan Local Train's ticket sebab dalam perjalanan konduktor train akan semak ticket perjalanan. Kalau tambang tak cukup, dia akan suruh beli ticket on the spot sebab dia bawa bersama portable ticket machine and coins lagi. 

Comments

Anonymous said…
*on the spot
Anonymous said…
Nadiah, bila nak update lagi trip Japan ni?
Farah said…
Ya Allah, rindu nya nak jejak kan kaki dekat Jepun. Best sangat =D. Insyallah kalau ada rezeki, nak pergi lagi..hehe ^^

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Peperiksaan

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon