Esok untuk siapa


Hai cuti, Aku kembali, rindu tak bila dapat cuti? sebelum ini kan kau selalu merungut yang kau selalu tak cuti, kerja lah, program lah. Ini dah dapat cuti, GEMBIRA tak? Haish kemana lah nadiahismail yang dulu tu, yang kuat bercerita, yang rajin menaip, yang kuat tengok cerita korea, yang rajin stalker page orang. Kenapa ini, kenapa ini?

Entah dah banyak benda yang berlaku dua tiga bulan ini, macam dah hilang keyakinan pada diri sendiri. Tapi alhamdulillah walaupun banyak rintangan dan dugaan yang Allah berikan sepanjang minggu peperiksaan aku yang lepas, aku masih boleh buktikan yang aku pandai untuk tidak mencampur adukkan masalah perasaan dengan pelajaran aku. Alhamdulillah, Allah masih menyebelahi aku. Teruskan usaha pada sem depan dan tolong tukar target ey tamo hanya takat lulus sahaja, 1st class dalam tangan eyh? =] (senyum sampai telinga, padahal dah kurang 0.02 dah apalah )

Oh petang nanti aku akan berangkat ke Johor Bharu, ke rumah kakai. 28 haribulan ini adalah hari bersejarah dia dan abang zamir, aku diberi amanah untuk mengambil gambar nikah mereka [>.<] aiya ini lemah ini, macam mana kalau gambar tak cantik, alah aku dah cakap dah aku tak reti sangat ambil gambar. Tapi sekurang-kurangnya aku ada benda nak buat dari terus duduk di rumah dan melayan perasaan sendiri. Almaklumlah bila cuti je,aku memang free nak layan perasaan ini. Nanti sakit sendiri pastu nangis, aiyak lembik macam pondan lah kau ni.

Doakan saya selamat pergi dan selamat sampai.Mana tahu ini yang terakhir :)
Semester 6 tahun 3, 3.63 (tepuk tangan)

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)