Hari Jadi ke-22

Jadi di sini lah aku, sudah lima hari bernafas di bumi makassar. Dan disini jugalah aku menghabiskan saki baki usia dua puluh satu tahun aku. Walaupun sudah lambat tiga hari tapi Selamat Hari Lahir yang ke dua puluh dua tahun nadiah :) (senyum sampai ke telinga) walaupun aku berada di dalam keadaan yang tidak selesa pada malam itu, tapi aku tetap tersenyum bila mendapat call dari Aimran :) Terima Kasih I Love You. Msg hari jadi daripada kakak, shiqa dan hasriq dan juga kawan-kawan yang wish di wall face book *terima kasih kerana mengingatkan bahawa itu adalah hari jadi aku*

Aku sedang mengira hari untuk balik ke tanah air sendiri. Terlalu banyak yang aku nak ceritakan di sini, kegembiraan, kesusahan, pengalaman dan macam-macam lagi (biasalah dah terlalu mewah di tanah air sendiri, bila datang di negara orang yang serba sederhana terlalu banyak yang di merungutkan) sigh.Tapi aku gembira dengan pengalaman yang sedang aku lalui ini. Tak sabar nak upload gambar untuk berkongsi bersama :)

ps : Zainah binti Iman Turmudi, terima kasih sebab lahirkan anak kesayangan kamu ini. Kita jumpa di syurga ye :)

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)