Peperiksaan

Assalamualaikum

Hi!! Hello awak semua dah ganti puasa? Today, Im fasting and still ada 4 hari lagi untuk diganti :) 44 hari lagi sebelum Ramadhan tiba (saya excited sangat bila Ramadhan, ada suatu perasaan yang sukar digambarkan, tapi bab terawih tak pernah penuh every years : / sob sob)

Selain dari perasaan excited nak sambut Ramadhan, ada satu lagi perasaan yang sering mengganggu emosi iaitu, aku rindu nak pergi ke kuliah, rindu nak mengarang di dalam dewan peperiksaan, tak rindu nak buat assignment, rindu nak study subject baru every semesters, rindu zaman-zaman yang library adalah rujukan yang wajib!! (haha aku tipu yang ni, aku tak rajin pergi library) Kalau ikutkan, aku bukan lah seorang student yg berjaya sangat, PMR dan SPM >5A, Diploma dan Degree dekan every semester hihi bukan nak show off but its reality. Orang kata grad bukan penentu sama ada awak bagus atau tidak, tapi still kalau awak pergi interview dengan kelulusan 1st class dan 2nd class, awak rasa individu mana yang majikan dahulukan dulu? (Hee my bro always remain me about this). Since aku rindu zaman university, aku rajin sangat nak share cara aku hadapi peperiksaan :D Aku jenis tak pandai nak focus, buku nota memang stock yang habis kuliah kau tulis apa jeweyh!! Balik bilik, aku tak buat review tak macam orang rajin, dah lah focus dalam kelas, nota cantik, balik buat review tapi bila exam tak score, mungkin ada masalah dalam system pembelajaran mereka (KOT).

Akhir semester tahun akhir yang lepas, Allah uji aku yang maha hebat. Hari kelahiran, hari terakhir peperiksaan, hari putus cinta, hari submission thesis J okey tolong cakap siapa yang tak rasa nak give up! Tapi Alhamdulillah, aku punya kawan dan keluarga yang supportive, tiap kali abang wan called, mesti aku kan cakap yang aku tak yakin aku akan dapat grad 1st class untuk degree, tapi dia paksa aku tulis besar-besar perkataan 4 flat dekat depan meja study. Dia paksa aku sent gambar lepas buat. Aku buat! Setiap kali kawan-kawan melawat bilik, mesti mereka gelakkan dan berkata (WAH NAD SEMANGAT!!) dan tiap kali tu juga terasa macam nak cabut je poster 4 flat yang aku buat. Kadang-kadang aku marah diri sendiri, walaupun setiap sem aku dapat keputusan lebih dari 3.50 tapi aku cepat lupa apa yang aku belajar (ex aku selalu berceramah, tak guna dekan setiap sem tapi tak pernah ingat apa yang kau study). Tapi satu je yang aku suka tentang cara pembelajaran aku, selain dari memupuk minat terhadap subject yang dipelajari, aku juga suka study last minute. Ada yang kata study last minute tak elok, tapi ni cara untuk orang yang jenis cepat lupa macam aku. Study last minute memang tak berkesan, tapi aku jenis yang suka kumpul nota dari setiap sudut (library/kawan-kawan/lecturer/surat khabar/journal) sebelum datangnya bulan peperiksaan. Dan ketika di dalam dewan peperiksaan, aku akan cuba kaitkan semua sumber ni untuk soalan yang diberikan.

Pada pendapat aku sendiri, kalau kita hanya transfer apa yang ada di dalam nota ke dalam kertas exam tanpa memahami apa yang cuba disampaikan, lecturer takkan puas hati dengan jawapan tu (walaupun aku tak pernah tengok kertas jawapan orang lain, tapi aku rasa ni adalah salah satu cara untuk menjawab di peringkat university, dan peringatan kaedah ini tidak berkesan untuk subject kira-kira). Ketika jawab exam, buat pengenalan sikit-sikit dan terus masuk point dan dua tiga points untuk explanations. Masa explanations, jangan lah malas sangat kasi satu point je, walaupun lecturer cakap yang mereka malas nak check lebih-lebih tapi still bila dah tulis tu, mereka mesti baca punya. Ianya bertujuan untuk backup explanation 1st , yelah tiba-tiba tak de kaitan at least ada lagi satu untuk di consider untuk diberi markah. Haha (statement ini hanyalah pada pandangan sendiri ok, tak pernah buat survey lagi) :D Lepas paper tu habis, berehat dan study for next paper (jangan check jawapan sebelum minggu exam habis). Kadang-kadang emotions ni boleh effect pemikiran waras kita, jadi semuanya berserah kepada Allah dan yang penting usaha sendiri.

Jadi aku rasa, benda ni je yang aku buat every semester. Walaupun tak dapat 4 flat masa graduation day, tapi jadi second person yang naik stage untuk ambil Ijazah dah cukup puas untuk aku hadiahkan to my family.Aku kesian juga pada junior yang ambil nota dari aku, entah faham atau tak hihi So macam mana cara korang menjawab peperiksaan? 
 
Credit to Encik Nizam, masa ni paper statistic, rasa macam masuk 3 kelas je tiba-tiba dah exam :D haha ramai yang kantoi subject tapi walaupun tak A tapi tak fail Alhamdulillah  

Comments

nad..terigt time exam kite.ko n dayang delivery mc'd 4 pg..huhu..rindu +_+
Anonymous said…
:)

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)