Posts

Showing posts from 2014

Be as cool as cucumber

Image
Assalamualaikum Selasa,  Jadi sebulan yang lepas aku macam terlepas ke Australia, dan minggu lepas juga aku terlepas ke Indonesia. Lagi? haha insha allah kalau ada kerajinan nanti aku update pasal trip #nadijalanjalan pergi dua tempat ni. Ada projek besar yang aku perlu plan untuk tahun baru nanti ^^ Mari lah menjamu mata melihat Indian Ocean dari Padang-padang Beach, Bali

Cerita sebelum raya

Aku baru saja pulang dari menziarahi kubur nenek, kakek, mak dan paman. Terasa seakan mereka ada disekeliling aku ketika aku membacakan surah yasin kepada mereka. Aku membesar dengan mengenali kubur mak pada usia 5 tahun, kubur kakek pada usia 16 tahun, kubur paman pada usia 20 tahun dan kubur nenek pada 26 tahun. Terlintas difikiran yang kat mana agaknya aku akan dikebumikan sekiranya terjadi apa-apa kepada aku kelak. Di Kedah kah? Di Kuala Lumpur kah? atau di Teluk Intan juga? Hehe Biar Allah uruskan semuanya. Jadi raya tahun ni, aku berkeputusan untuk tetap berapa di Teluk Intan bersama-sama bikla dan shida. Abah dan mak ada bertanya, tapi aku hanya menyatakan yang bukan mereka tak biasa beraya tanpa aku. (Hi-hi) Tanpa kehadiran nenek pada tahun ini, agak kekok untuk kami menyediakan persiapan raya yang akan menjelang pada keesokkan harinya. Ditambah pula semua sepupu-sepupu dan adik beradik akan beraya di rumah mak mentua pada raya pertama dan kedua. Tak pelah, kami cuba untuk m...

Pulau Perhentian; Part 2

Image
Tepat jam 2.00 petang, Remy sudah menunggu dihadapan muka pintu bilik menunggu kami untuk ke  Rawa Island. Guider yang akan menemani kami pada petang itu adalah Azma Setelah selesai segala urusan kami bergerak ke pit stop yang pertama iaitu Rawa Beach. Rawa Beach adalah point snorkeling pengenalan bagi individu yang baru kali pertama melakukan snorkeling. Rawa beach terkenal dengan pasirnya yang halus dan hanya pit stop ini sahaja mempunyai pantai, yang selebihnya kami dikehendaki terjun terus dari bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari B’First Resort dan akhirnya kami sampai ke Rawa Beach. Subhanallah bergitu jernih air laut sehingga aku dapat melihat ikan-ikan yang sedang bermain-main disebalik coral. Teruja sungguh anak bandar ini melihat keindahan semula jadi yang takkan ada di kawasan halamannya. Hanya kami bertiga sahaja untuk aktiviti Pulau Rawa ni, oleh itu setiap dari kami diberi perhatian sepenuhnya oleh Azma. Pada mulanya  Azma m...

Pulau Perhentian; Part 1

Image
Assalamualaikum Sebelum terlupa pangkal dan pengakhir cerita, baiklah ianya disimpan sebagai kenangan. Pada 27 hingga 30 Mei 2014, sempena cuti umum israk dan mikraj. Aku berkesempatan untuk menambah koleksi percutian #thenadisightseeing dengan dua orang travel mate yg juga rakan sekerja. Kami bergerak ke Kuala Besut dari Alor Setar dengan menaiki bas Express Perdana pada jam 10.00 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 jam (wah!!) tapi tak terasa sangat sebab aktiviti kami sepanjang perjalanan adalah, membuta (?). Kami sampai pada jam 8 pagi di hentian bas Kuala Besut yang juga berhampiran dengan Jeti Pulau Perhentian. Sebenarnya aku pasang dua misi untuk percutian kali ini iaitu menghitamkan kulit dan makan. Wewewe aku teringin nak makan nasi dagang sebagai sarapan pagi, tapi terduduk dekat kedai mamak pula. Kejap, apa itu makanan sihat? HAHAHA Persekitaran Jeti Kuala Besut agak selesa di mana ia disediakan surau, bilik air, gerai menjual makanan dan juga cenderah...

Selamat datang Jun 2014

Image
Assalamualaikum,  Hi Jun, akhirnya Jun telah meninggalkan Mei, semoga perjalanan hidupku pada bulan Jun ini tidak serumit Mei. Banyak benda yang berlaku sepanjang bulan Mei 2014. Insha allah ada masa, nak update salah satu darinya iaitu Pulau Perhentian Besar, Terengganu. *Peace

Visiting arwah nenek

Image
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyanyang, Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata bertapa luluhnya hati melihat keadaan nenek yang terpaksa bertarung nyawa melalui corong pernafasan yang terpaksa digunakan bagi membantunya untuk bernafas. Namun Allah lebih menyayanginya. Pada 10 May yang lalu nenek telah pulang kerahmatullah pada usia 73 tahun setelah 12 jam mengalami komplikasi pada jantungnya. Tarikh pemergian nenek ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah mak yang ke 57 tahun. Mungkin pada 57 tahun yang lalu, tarikh ini merupakan hari bahagia bagi nenek. Pada tahun ini, tarikh ini merupakan hari aku kehilangan tempat menggantikan kasih dan sayang aku, arwah mak dan setiap ahli di dalam keluarga Imam Turmudi.  8 hari telah b erlalu, hidup masih perlu diteruskan. Walaupun kadang-kadang pelbagai perkara terlintas di fikirkan mengenai banyak benda yang aku masih mahu lakukan bersama nenek. Namun setiap yang dilahirkan di muka bumi ini, akan kembali ke...

Indonesia : Surabaya

Image
Gambar ini, tiga minggu lepas punya cerita. Entah macam mana tergerak hati nak join group kak Nata untuk ke Surabaya, Indonesia. Harga perjalanan tiket kapal terbang dari Alor Setar- Kuala Lumpur- Surabaya- Kuala Lumpur- Alor Setar. Tapi bila duit tu ada je dalam bank, kau memang panas kan nadi. Hehehehe Tapi Alhamdulillah, tak menyesal langsung bayar RM550 semata-mata untuk terbang ke Surabaya. Pemandangan dan pengalaman dia terlalu berharga untuk dinilai. Hati ni teringin nak buat travelog tapi.. nanti dulu lah. Sekarang tengah busy dengan kerja pejabat, kerja rumah, kerja putihkan muka dan kerja kuruskan badan. Pemandangan Gunung Batok, Gunung Bromo dan Gunung Semarang dari Penanjakan View Point 2, Gunung Penanjakan Tiket kapal hari tu macam #mahalgilakautahubolehterbangpergijapankalauhargapromo

JK1M AS bersama Kevin Zahri

Image
Assalamualaikum, Jom Kurus Alor Setar! HA-HA si Din gelak bila aku cakap yang aku join program Jom Kurus bawah naungan Kevin Zahri. Katanya "Awak nak kurus apa lagi?". Walhal setiap kali nak beli baju dengan saiz L, katanya lagi "Berisinya awak". Mari berbalik kepada tajuk di atas, cabaran program ini adalah bakarkan 6kg dalam masa 6 minggu. Maksudnya, kalau 1kg bersamaan 7,700 calories, total yang perlu dibakar dalam 6 minggu adalah 46,200 calories. Wahahaha! Aku hanya mampu hasilkan kalori defisit sebanyak 500 kcl dalam satu hari. Tapi jangan risau, sebenarnya kita ada kalori intake and kalori output, tapi aku tak berapa mahir lagi bab kalori,jadi aku hanya tumpu kepada target setiap hari dengan penghasilan kalori defisit.  Tujuan aku masuk cabaran ini bukan la beriya sangat nak jadi kurus tapi cuma nak cari kenalan di sekitar Alor Setar yang mempunyai minat yang sama dalam bersenam. Yelah, aku tak suka terperap di rumah lepas office hours, so perkara yan...