Visiting arwah nenek

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyanyang,

Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata bertapa luluhnya hati melihat keadaan nenek yang terpaksa bertarung nyawa melalui corong pernafasan yang terpaksa digunakan bagi membantunya untuk bernafas. Namun Allah lebih menyayanginya. Pada 10 May yang lalu nenek telah pulang kerahmatullah pada usia 73 tahun setelah 12 jam mengalami komplikasi pada jantungnya. Tarikh pemergian nenek ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah mak yang ke 57 tahun. Mungkin pada 57 tahun yang lalu, tarikh ini merupakan hari bahagia bagi nenek. Pada tahun ini, tarikh ini merupakan hari aku kehilangan tempat menggantikan kasih dan sayang aku, arwah mak dan setiap ahli di dalam keluarga Imam Turmudi. 8 hari telah berlalu, hidup masih perlu diteruskan. Walaupun kadang-kadang pelbagai perkara terlintas di fikirkan mengenai banyak benda yang aku masih mahu lakukan bersama nenek. Namun setiap yang dilahirkan di muka bumi ini, akan kembali kepada penciptanya iaitu Allah. 
Ya Allah, peliharalah roh kedua-duanya nenek Hajah Zainab binti Salamah dan mak Zainah binti Zainab dalam keampunanmu, ditempatkan dikalangan golongan beriman, diampunkan dosanya, dijauhkan dari azab kubur dan api neraka, dan dengan limpah dan rahmatmu, jadikan mereka sebagai ahli jannatul firdausmu bersama kekasihmu. Amin. Terima kasih pada rakan-rakan yg sedekahkan Al-Fatihah

Tidur lah dahulu kamu didunia ini, kelak kita berjumpa dan berkumpul kasih untuk hidup yang selama-lamanya.  Kita jumpa lagi ye di syurga nanti :')

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)