JK1M AS bersama Kevin Zahri

Assalamualaikum,

Jom Kurus Alor Setar! HA-HA si Din gelak bila aku cakap yang aku join program Jom Kurus bawah naungan Kevin Zahri. Katanya "Awak nak kurus apa lagi?". Walhal setiap kali nak beli baju dengan saiz L, katanya lagi "Berisinya awak". Mari berbalik kepada tajuk di atas, cabaran program ini adalah bakarkan 6kg dalam masa 6 minggu. Maksudnya, kalau 1kg bersamaan 7,700 calories, total yang perlu dibakar dalam 6 minggu adalah 46,200 calories. Wahahaha! Aku hanya mampu hasilkan kalori defisit sebanyak 500 kcl dalam satu hari. Tapi jangan risau, sebenarnya kita ada kalori intake and kalori output, tapi aku tak berapa mahir lagi bab kalori,jadi aku hanya tumpu kepada target setiap hari dengan penghasilan kalori defisit. 

Tujuan aku masuk cabaran ini bukan la beriya sangat nak jadi kurus tapi cuma nak cari kenalan di sekitar Alor Setar yang mempunyai minat yang sama dalam bersenam. Yelah, aku tak suka terperap di rumah lepas office hours, so perkara yang boleh dibuat adalah meluangkan masa dengan menjaga badan/kesihatan. Tak seronok tau buat workout sorang-sorang, tapi since join program ni, Alhamdulillah dah ada kawan yang boleh turut serta kalau aku ajak pergi gym/swimming/zomba. So far so good walaupun baru 2 minggu. 

Aku dah bazirkan seminggu sebab pergi family vacation ke Sabah, tapi tentulah tak menyesal sebab heaven gila dapat makan ketam,udang dan ikan segar. Jadi tinggal 5 minggu sahaja untuk workout secara serious. Minggu lepas, iaitu minggu ke 5. Kevin datang ke Alor Setar untuk program Jom Fit bersama Kevin dan malam dodgeball. Program ni sangat awesome! Sampai aku nak bangun dari sujud pun kena slow slow sebab sakit satu badan. Kevin sangat peramah dan... "kelakar"? Oh ya, dari membebel tak cukup huruf di keyboard ni, mari la enjoy gambar-gambar yang sempat dirakam oleh rakan sekumpulan. 

Berat minggu ke 5 - 57.3kg
Berat minggu ke 4 - ?

Malam dodgeball bersama Kevin
Permainan dodgeball ni macam bola beracun. Tapi ada pemain yang baling bola tu mcm baling bola ragbi. Kasihan kepada pemain-pemain yang terkena bola di kepala atau area yang sensitif. Relax la bro, it's just a game bukan menang dapat jadi penasihat peribadi Kevin pun. *peace

Bersama team Alor Setar malam tu, walaupun permainan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah, tapi pembakaran mencecah 600+ kcl.


Keesokkan harinya ada sesi Jom Fit bersama Kevin di Dewan Majlis Bandaraya. Target pada pagi tu adalah burn 1000 kcl and I hit 1452 kcl. Nak buat cerita, Kevin kasi hadiah RM100 kepada peserta yang burn lagi banyak kalori and I lost dengan perbezaan 100 kcl dengan Dr Aida.


Nak dijadikan cerita lagi, Kevin masukkan gambar yang sempat dirakam pada sesi Jom Fit dan ni adalah salah satu hasil dari gambar tersebut. Makcik sentap bila orang office tegur, sakan hang melompat. Tiba-tiba malu kejap. Semangat sangat kau dalam gambar tu dah kenapa? Haha


Ingatkan, cukup dengan sesi letih 2 hari bersama Kevin. Rupanya ada lagi program pada keesokkannya di Taman Rimba dengan kerahan beberapa jenis senaman. Katanya nak hilangkan rasa sakit-sakit badan yang dialami. Hilang la sikit, dan tambah sakit pun ada juga, herrrghhh. Pagi tu aku hit 1322 kcl dalam masa 3 jam. Fuhh I love it!

Last but not lease, (HAHA) Hilang 6kg dalam 6 minggu?
Herrrgggg

Comments

Anonymous said…
All the best!
nad nak join gak..tp dah tutup penyertaan...huahua

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)