It's just like, woke up and you become someone else


Assalamualaikum,

Hi!! Happy weekend, aku sering bangun awal pada hari minggu dan bangun lambat pada hari bekerja. Haha salah siapa? okey tak salah siapa-siapa cuma Im a bit tired. Lately, Im curious about something, kenapa badan terasa letih walaupun 8 jam diambil untuk berehat dalam sehari. Mungkin kurang bersenam untuk membolehkan aliran darah mengalir dengan sihat tapi where got time, balik kerja dah malam, ok ok I forgot about weekend! :) Dan mungkin sebab, hari-hari aku hidu asap kenderaan dengan kuantiti yang banyak. Jerebu berleluasa di Kuala Lumpur, ahhhh Indonesia tolong lah buat something untuk elakkan kejadian bergini berlaku setiap tahun (>.<) Im not blaming Indonesia it's fact 

Dua tiga minggu ni, aku mengalami kesukaran untuk tidur, I need something yang membolehkan aku tertido, macam kena pasang lagu or lilin. Like seriously, kena pergi terapi badan ni :) mehehehe dan setiap malam mesti mimpi yang bukan-bukan dan bila bangun badan rasa penat sangat. Macam malam tadi mimpi terlibat dalam satu kes pembunuhan dengan alien. Ok mana datangnya alien aku pun tak tahu,nak kata aku layan cerita alien sebelum tidur tak jugak.Mungkin semalam sembang dengan Zharif pasal cerita Ben10 ^^ Tapi terasa macam lari-lari dalam mimpi buat badan letih dan bangun,Penatnya! Ini sedang berehat atau pergi bersenam. lol Bila fikir-fikir, hanya satu je jalan penyelesaian iaitu pergi jogging!! Yeay jogging!! 

Oh bdw, 

Hari Selasa hari tu, aku dapat email untuk menghadiri sesi temuduga pegawai perancang bandar dan desa di SPA Putrajaya 29/6 ni. Mula-mula excited tapi bila tau SPA panggil ramai orang, jadi macam harapan untuk diserap tu 1% je. Bukan dah giveup sebelum mencuba, cuma buat review soalan-soalan SPA buat aku tak sure, bab pengetahuan am lah paling sukar untuk difahami. Lagipula, aku bukan bekerja dalam scope perancangan walaupun aku seorang perancang pengangkutan. aii beza banyak, im not dealing with development order only deal with client je. Tak pe, study and kalau ada rezeki, Insyallah well Allah maha mengetahui maha bijaksana, kalau dah itu takdir aku. Mesti boleh, kalau bukan rezeki aku, at least ada pengalaman pergi interview dengan SPA. Ahhh nervous!!! wish that luck is with me on 29/6 :) Can you please find someone, name as Luck follow me on that day :|

Comments

Unknown said…
ooo dapat SPA ea?? keje kerajaan bagus, ada pencen! ganbatte!!
Thenadi said…
Hi little past, you know what, I'm one of the 25 officer that have been accepted. Yey! out of 250 peoples ^^

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)