South Korea Trip : Day 1 Mt Sorak
Assalamualaikum
Anneyong Haseyo. Selepas Nami Island, kami bergerak ke arah utara untuk ke Mountain Seoraksan National Park atau singkatannya Mt Sorak. Masa perjalanan yang tepat dari Nami Island ke Mt Sorak tak dapat dikenalpasti disebabkan aku tertido sepanjang perjalanan.
Aku sempat terdengar Jade bercerita mengenai sejarah Mt Sorak. Gunung yang tercantik di Korea adalah Kumgang Mountain yang terletak di Korea Utara dan Mt Sorak merupakan gunung yang tercantik di Korea Selatan. Sampai aja kami di kawasan pergunungan Mt Sorak, kami disambut dengan himpunan salji dan patung bear yang diletakkan di hadapan pintu masuk pergunungan ini.
Mengikut sejarah kewujudan kerajaan korea, ibu kepada raja kerajaan Joseon (Dangun Wanggeom) merupakan seekor beruang yang telah ditukar bentuknya kepada seorang gadis (manusia). Dan sedang seronok Jade ceritkan sejarah Korea, tiba-tiba aku pun dibuai cuaca yang nyaman lalu tertidur tanpa mengetahui penutup cerita ni, kalau nak tahu lebih lanjut boleh refer sini (The Dangun). Jadi mengikut pendapat aku sendiri, tu lah antara sebab beruang sangat popular di sana kan J
ohselfportrait# Macam ni rupanya salji, tersalah pijak, kasut basah, stokin basah, kaki sejuk dan mengecut.
Mt Sorak terletak di kawasan pergunungan/pedalaman bahagian utara Korea Selatan, memang rezeki kami bila dapat merasai salji di sini. Salji turun renyai-renyai, pemukaan dipenuhi salji dan basah, agak sukar untuk berjalan dari pintu masuk untuk ke Seorak's cable car. Cuaca ketika itu sangat sejuk, aku siap beli mafla yang berharga 5,000won (RM15) supaya dapat menutup area muka supaya tak kering dan beku :D Alhamdulillah cable car masih boleh berfungsi seperti biasa walaupun cuaca yang berangin. (kalau tak kepunan lah kami ^^).
Ni adalah bangunan yang menghubungkan cable car dari permukaan bawah ke puncak Mt Sorak. Dari sini dah nampak pemandangan Mt Sorak yang dipenuhi salji. Aku agak tergamam melihat keindahan ciptaan Allah ini kerana ianya bergitu berbeza dengan pergunungan yang terdapat di Malaysia.
Mt Sorak merupakan tempat pelancongan bagi pelancong luar negara dan tempatan. Tengok aja ramai ajuhma, ajushi, agashi, oppa dan etc datang untuk melakukan aktiviti pendakian di sini. Eceh baru satu hari dah hafal panggilan dalam bahasa korea ni kan :p
Ticket : 9,000won (RM21), perjalanan mengambil masa perjalanan lebih kurang 5 minit dari permukaan untuk ke puncak. Alhamdulillah masa kami naik, tak bergitu windy cuma bunyi angin memang terbaik menakutkan. Gunung di Korea bentuknya macam pau atau water lily yang masih kuncup, berbeza dengan bentuk tropical mountain kita. I is amazed! haha
Rombongan kami adalah manusia yang terdiri daripada manusia yang tak pernah melihat sajli, kami pun apa lagi SNOW WAR RAWWWRR, tak siapa pun yang
terlepas dari serangan. Ms Tan pun berniat untuk campak aku ke dalam
himpunan salji -_- haha
Tak dan bergamba, semuanya mempunyai hasat dengki dihati. Haha
Banyak tempat yang menarik di atas puncak Mt Sorak, tapi disebabkan salji yang agak tebal, rombongan kami tidak dibenarkan untuk naik sampai ke puncak. Aku terserempak dengan ajushi dan ahjuhma yang mendaki ke puncak, menghadapi komplikasi dalam bahasa,jadi lah kami macam ayam dan itik.
Aku : how far from here to the top of mountain.Lalu kami tergelak dan hanya mampu bergambar bersama.haha
Ahjuhma oh 15m
Aku : oh not so high
Ahjuhma : aniyo aniyo Aku : (membuat muka @.@)
Pemandangan Mt Sorak sangat cantik walaupun keadaan bersalji. Sepatutnya sudah ke musim bunga, tapi pengakhir musim sejuk, rezeki kami dapat main dengan salji. Dalam Wikipedia, peak seasons di Mt Sorak adalah Autumn di mana kita boleh nampak langit yang biru reflect dengan gunung yg kelihatan kuning kehijauan. Tapi masa salji pon cantik. Tak rugi datang melawat ke sini. I is amazed again!
Lepas main salji, perut pun lapa, yelah sampai saja di bumi Korea Selatan, tak sempat nak menjamah apa-apa lagi. Jadi dinner time! Dari Mt Sorak ke tempat makan tak bergitu jauh. Tak tahu apa nama restaurant ni, tapi makanan korea dekat sini sangat sedap walaupun hanya dihidangkan seafood. Maaf lah dekat sana semua makanan tidak digoreng, ikan pon bakar~~ tapi….tekak tak larat nak makan ikan bakar, rasa plain, nasib ada fish cake dan seafood soup. KIMCHI adalah wajib!! hihi Dinner ni adalah yang paling sedap sepanjang trip kami. Arghhh nak makan soup tu lagi!!
Simple, ini lah menu yang kami makan sepanjang kami tinggal di sana.
Tapi, muka masih selera! Haha
Dekat sana, memang susah nak nampak penduduk berjalan-jalan di luar rumah, sejuk agaknya. Traffic flow di sana tak sama macam Malaysia, selalunya di Malaysia kita memandu belah kiri, tapi di sana mereka memandu belah kanan. Jadi kalau nak melintas jalan, jangan tengok kanan,tapi tengok kiri dulu ^^
Malam tu kami menginap di Daemyung Sorak Resort, resort tu tak ada katil tapi kami tidur atas tilam yang dibentang di atas lantai. Tak ada aircond, tak ada kipas tapi malam tu tidur sangat selesa, lantai warm tapi kalau bukak tingkap memang walaupun duduk dalam selimut pon still sejuk. Roomate aku setiap malam bagi trip ni adalah kak biha, dia selalunya tidur dulu dari aku. Aku dah tentulah bermain-main dulu before tido, tangkap gambar golek-golek atas lantai yang panas tengok tv walaupun tak faham satu benda,tapi channel tv di Korea variety, ada je English channel ^^ Jam 7.00pm di Mt Sorak, cantik!
Bilik di Daemyung Sorak sebenarnya boleh muat 4 orang tapi kami hanya tinggal 2 orang, 2 bilik, dapur, ruang tamu, 1 toilet. Besar kan!
Dapur dan ruang tamu
Washroom
Tada!!Sebelum tidur sempat snap keindahan Mt Sorak, tak berani nak bukak pintu (tak boleh pijak lantai, sejuk menggigil) Ini lah perjalanan hari pertama ku di Korea, setakat ni energy masih 100% dan masih tak dapat adapted dengan cuaca yang sejuk lagi.
Oh penat makcik menceloteh dah mcm karangan dua muka surat ni. So nak tahu kembara hari kedua, sila doa supaya aku menjadi rajin!
Anneyong (Anneyong is for Good Morning, Afternoon, Night) ^^
hihi
Comments