Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Sampai je kami ke Incheon Aiport, kami singgah sebentar ke washroom untuk cuci muka, lap sikit badan dan gosok gigi. Destinasi kami yang pertama adalah Sinchon Station. Nak isi perut dulu dengan Grilled mackerel dan Stir-fried spicy squid di Gosami Grilled Fish, Sinchon. Untuk ke sana dari Incheon Airport, ada tiga kaedah:


  1. Naik bas (10,000+ won) - Journey lebih kurang 1 jam
  2. Naik KTX Express (8,000+won) - Journey lebih kurang 50 mins
  3. Naik All Train Stop (4,250 won) - Journey lebih kurang 60 mins


Semua kaedah pun boleh, jadi kami pilih yang paling murah memandangkan kami tidak terkejar untuk ke mana-mana. Untuk menaiki All Train Stop, dari departure gate cari signboards Airport Railroad, sampai jumpa signboard All Train Stop. Kiranya kalau di Kuala Lumpur, All Train Stop ni lebih kurang ERL Transit manakala KTX Express macam ERL Express. So All Train Stop ni akan berhenti ke semua station dan kalau memerlukan sebarang pertukaran line. Just keluar je dari train. 




Untuk ke Sinchon Station, kami tukar line 2 di Hongik St menghala ke Sinchon St. Di Sinchon St. kami exit 2.Kedudukan Gosami Grilled Fish Sinchon adalah seperi dalam peta.Agak tricky sikit nak cari sebab lorong-lorong pada map kelihatan besar pula berbanding keadaan sebenar. Haha Tapi alhamdulillah kami tak sesat. 










Stir-fried spicy squid pedas betul, tapi memang mengenyangkan. Di sini air kosong sejuk adalah percuma. Jadi tak perlu untuk order air lain. Seterusnya kami ke Ewha Women Univ. Street.  

Comments

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Peperiksaan