Ramadhan 2013
Assalamualaikum,
Dah 12 hari umat Islam mengerjakan puasa di bulan mulia ini, dan 12 hari jugalah aku mengerjakan ibadah puasa sebagai seorang perantau (walaupun masih di dalam Malaysia). Sambutan Ramadhan di Alor Setar bergitu meriah disambut oleh penduduk di sini di mana cuti umum diberikan pada hari pertama berpuasa, kemeriahan peniaga-peniaga berniaga di bazar dan tak lupa kemeriahan umat Islam mengerjakan solat sunat terawih di masjid dan surau. Mungkin faktor keseorangan, kemeriahan aku menyambut Ramadhan tahun ni tak semewah sebelum-sebelum ni, mungkin homesick!
Aku berniat untuk melakukan solat terawih penuh pada tahun ni sekiranya tak ada apa-apa yg menghalang. Jadi nak tak nak, kena lah beranikan diri untuk pergi ke surau/masjid yang berdekatan dengan taman perumahan. Seronok sebenarnya bila kita dapat kenal ramai orang baru, tapi majoritinya semua adalah dalam lingkungan 35 tahun ke atas. Di sini agak berbeza dengan surau di Cheras dari segi rakaat yg dilakukan. Kebanyakkan surau dan masjid di sini melakukan 23 rakaat manakala di Cheras hanya 11 rakaat berserta taskirah. Tapi aku hanya buat 8 rakaat dan witir sendiri. Seronok sebab cepat habis, tapi lagi seronok sebenarnya kalau disertakan dengan taskirah. Banyak cerita dan pengajaran yang boleh diambil dari taskirah ini
Untuk sahur dan berbuka pula, aku lagi senang membeli makanan di gerai/bazar. Asalkan dapat berbuka dah syukur. Oh ya, macam mana persiapan raya korang? Memandangkan kediaman sementara aku ni ajak jauh dengan keluarga, jadi aku dah siapkan awal-awal perkara wajid yg perlu aku lakukan menjelang raya setiap tahun pada awal Ramadhan hari tu. Tak sabar rasanya nak menyambut raya tapi dalam masa yang sama tak mahu tinggalkan Ramadhan.
Aku dapat rasakan perubahan yang ketara dalam diri ni. Kurang rasa marah, kurang rasa nak putus asa. Rasa seronok lah, mungkin disebabkan bulan Ramadhan ini lah bulan di mana Allah bukakan kesemua pintu syurga, tutup kesemua pintu neraka dan juga Allah ikat syaitan-syaitan ni. Jadi jangan lupa ambil peluang yg ada untuk berdoa bersungguh-sungguh apa yang yg dikehendaki dan semoga kita berbahagia di dunia dan juga di akhirat. Amin.
Comments