Beginning of life

Assalamualaikum,

Sudah dua minggu aku di bumi Alor Setar. Dalam hati masih sukar untuk aku menerima yang mana di sini lah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah untuk ku. Mungkin aku terlupa untuk memaklumkan bahawa, sesi temuduga SPA untuk jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 berjalan dengan bergitu baik sehinggakan, di sini lah aku berdiri, di sini lah aku duduk, di sini aku telah di posting kan. Alhamdulillah

Walaupun, Allah hujani aku dengan pelbagai masalah dan dugaan sepanjang tempoh melaporkan diri di HQ dan perpindahan kerja ke Perancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Utara, JPBD SM, dia tidak lupa untuk bekalkan aku dengan pelbagai alternative untuk aku harungi cabaran-cabaran ni. Bersyukur bila kali pertamanya, aku dapat merasai budi baik rakan-rakan di sekeliling aku walaupun kebanyakkannya baru dua tiga hari mengenaliku.

Manusia tidak sempurna, termasuk aku yang bergelar Nadiah. Perasaan tertekan yang menyelubungi aku sepanjang 3 minggu yang lepas menyebabkan, aku terlalu banyak merungut sampai satu tahap yang aku rasakan bahawa sebenarnya, aku sudah penat merungut dan I just go with the flow. Memang sukar untuk berada di negeri yang baru kali pertama aku jejaki dan melepaskan kesenangan dan kemudahan yang selama ni menemaniku sepanjang aku tinggal di Kuala Lumpur. Pembangunan di Alor Setar yang tak bergitu rapid seperti di Kuala Lumpur, menambah lagi tekanan terhadap diri aku yang sememangnya berdarah muda dan masih berkobar-kobar untuk bertindak lebih aggressive terhadap dunia disekelilingku walaupun aku tahu bahawa dunia ni adalah pinjaman sementara. Lebih-lebih lagi bila aku mengetahui situasi sebenar keadaan pekerjaan ku di sini, It's much more to retired place although they still in services.

Kadang kala aku terfikir sejenak, apa tujuan Allah tempatkan aku di sini? Aku masih muda, dan masih terlalu banyak untuk aku ketahui dan alami. Aku tak ada masa untuk melayan kerenah manusia yang saling dengki mendengki antara satu sama lain. Lagi pula terlalu lama aku meninggalkan kedua ibu bapa untuk mengejar cita-cita. Aku beranggapan bahawa, sesudahnya aku memiliki segulung ijazah, tiba masanya aku berkhidmat dan tinggal dekat dengan kedua ibu bapaku. Tapi sangkaan ku ternyata salah! Diri yang terikat dengan perjanjian bersama pihak JPA dan apa yang digelarkan rezeki dari Allah menyebabkan aku akur dengan takdirku ini.

Bukan mudah untuk menjadi ketua kepada orang yang 10 tahun lebih tua dari aku. This is my main fear when I received the news that I got this position. Tak pe, aku masih ingat apa yang aku niatkan untuk menjawab soalan kepada penemuduga sekiranya mereka bertanyakan mengenai "kenapa aku mahu bekerja di pihak kerajaan?" Aku mahu memberi kesenangan kepada masyarakat dan mengubah pembangunan Malaysia dengan apa yang telah aku pelajari dan apa yang telah aku alami untuk jenerasi akan datang. Insyallah, jadi berpeganglah kepada niat itu dan dengan izin Allah, setiap yang kau lakukan akan memberi kesenangan di dunia dan di akhirat :)

Foto : @Haqzainal26

Comments

NZ said…
Apa yang anda fikir, niat, sebut dan buat = DOA.
^^,
Thenadi said…
Kadang-kadang terpesong juga niat ni dari landasan

Popular posts from this blog

Itinerary full trip ke Korea (Winter) : Travel Sendiri

Day 1 Seoul, Korea : Ke Gosomi Grilled Fish, Sinchon

Oh Japan (Day 1) : Kansai Airport (Part 1)