Untuk ke hari jadi
Selamat datang February, oh february-february-february, february lah bulan cinta, tapi aku je yang masih menunggu kumbang datang untuk memeriahkan bulan february ku. haha tettt (menyimpang jauh bercerita kak?) lol Lagi dua hari kakak aku akan menamatkan zaman bujangnya. Tak ada lah muda sangat, dia pun dah berusia 29, tahun ini. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Diri sendiri pun tak sedar yang sebenarnya, saya dah 24, tahun ini. Ahh rasa pelik pula. Angka 24 macam terlalu besar untuk rupa fizikal yang tidak kelihatan seperti 24 ni. (bangun-bangun!! awak dah 24 bukan diperingkat universiti yang asyik fikir untuk bergembira sahaja) Ok, its hard for me to admit it, but what to do, the reality is me not someone else life.
Untuk ke hari jadi, macam-macam perkara yang perlu di buat. Cat mengemas rumah, tukar langsir tikar getah, buang barang-barang tak perlu. Bercakap pasal buang barang-barang tak perlu, kalau hobi aku suka makan, hobi abah suka simpan barang lama-lama. Ada sampai satu masa, abah sendiri tak ingat, barang yang dia simpan masih wujud dalam bilik ni. Haha abah-abah-abah. Aku selalu cakap nak buang barang-barang abah yang tak boleh digunakan lagi tu, nanti dia pula ambil barang-barang aku dan cakap nak buang sebab aku tak guna -_________- haha abah-abah-abah. Ada satu hari tu, saja aku sembang-sembang dengan abah, mengadu yang aku tak ada my own closet, then abah tiba-tiba cerita yang dia beli almari kuning dalam bilik kakak tu RM15 je (then i was like omg RM15 je tapi tu zaman 1970an lah). Then almari hitam dia beli masa dengan arwah mak, abah pun cakap, tu almari kenangan mak (then i was like T___T). ok tak jadi nak buang almari abah walaupun dalam hati satu hari nanti aku nak tukar almari tu. haha abah-abah-abah setiap barang yang dia simpan tersembunyi seribu kenangannya yang hanya dia sendiri tahu dan hargai setiap barang yang ada dalam rumah ni. Tapi apa boleh buat, anak-anak nya satu pun tak de yang mewarisi perangai dia, semua jenis benda buruk/rosak buang beli baru. Tu sebab lah orang kata, barang yang beli sendiri kita lebih appreciate berbanding barang yang dibelikan oleh orang lain. Sebabnya, you will use your own money which i knew that it was not easy to own it. Kan kan kan!
Dengan sifat yg tak suka membazir dan berjimat macam abah lah yang membolehkan dia yang hanya kerani gaji bersih RM1800 every month boleh menyekolahkan 6 orang anaknya sampai masuk universiti dan besar panjang dah nak kawin dah tu pun. Haa hanya abah je yang tahu macam mana dia plan hidup dia, hanya abah je yang tau macam mana di mengharungi hidup dia. Ehh dah cerita pasal abah pulak.
Oh sorry sorry lari topik (menaip sambil air mata keluar, biasalah mak memang cembeng sikit orangnya). Humm haha lagi tiga hari untuk ke hari jadi. hopefully everything will be just fine. aku pulak yang risau... sapa-sapa yang free tu datang lah, boleh jumpa-jumpa boleh gelak-gelak.
Ok dah lewat malam ni, dan dah bersedia mahu tidur. Good night
Salam :)
Comments
setiap barang ada kisah epik yang tersendiri.
bila lagi nad, nak ikut jejak langkah kakak?