Dear mister year 3, semester 2
Aku kuat makan maggie, semua semua makanan yang paling tak berkhasiat tu semua makanan kegemaran aku, aku kuat makan jugak tu sebab badan aku tak macam maya karin. Aku baru je tengok aimsweb.utm tadi, status kewangan aku SILA JELASKAN YURAN ANDA SEGERA, ptptn tak menyebelahi aku, tu sebab ptptnrian semua gembira hari ni, sebab duit dah masuk. Aku pula sedang berkira-kira cukup atau tak duit yang dalam dompet untuk sara hidup aku sebulan ni, hemm buleh tak bayar yuran secara sikit-sikit, orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.hahah haaa buleh. Angan-angan tinggi, nak pergi singapura lah, nak ikut kakak pergi mabul lah, tapi kau kene ingat nadia, walaupun site kau kat KEJORA je sem nie, duit mesti nak guna! Jadi sila berjimat cermat walaupun member kau ajak kau makan mewah-mewah. Haiya buleh tak kalau makan sehari sekali je. Boleh kan..
Comments
*wink*
mari berjogging!
pg la dh dkt pon
pg mabul?
oh itu sgt best