Posts

Showing posts from May, 2014

Visiting arwah nenek

Image
Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyanyang, Tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata bertapa luluhnya hati melihat keadaan nenek yang terpaksa bertarung nyawa melalui corong pernafasan yang terpaksa digunakan bagi membantunya untuk bernafas. Namun Allah lebih menyayanginya. Pada 10 May yang lalu nenek telah pulang kerahmatullah pada usia 73 tahun setelah 12 jam mengalami komplikasi pada jantungnya. Tarikh pemergian nenek ini juga merupakan hari ulang tahun kelahiran arwah mak yang ke 57 tahun. Mungkin pada 57 tahun yang lalu, tarikh ini merupakan hari bahagia bagi nenek. Pada tahun ini, tarikh ini merupakan hari aku kehilangan tempat menggantikan kasih dan sayang aku, arwah mak dan setiap ahli di dalam keluarga Imam Turmudi.  8 hari telah b erlalu, hidup masih perlu diteruskan. Walaupun kadang-kadang pelbagai perkara terlintas di fikirkan mengenai banyak benda yang aku masih mahu lakukan bersama nenek. Namun setiap yang dilahirkan di muka bumi ini, akan kembali ke...