Posts

Showing posts from July, 2013

Ramadhan 2013

Image
Assalamualaikum, Dah 12 hari umat Islam mengerjakan puasa di bulan mulia ini, dan 12 hari jugalah aku mengerjakan ibadah puasa sebagai seorang perantau ( walaupun masih di dalam Malaysia ). Sambutan Ramadhan di Alor Setar bergitu meriah disambut oleh penduduk di sini di mana cuti umum diberikan pada hari pertama berpuasa, kemeriahan peniaga-peniaga berniaga di bazar dan tak lupa kemeriahan umat Islam mengerjakan solat sunat terawih di masjid dan surau. Mungkin faktor keseorangan, kemeriahan aku menyambut Ramadhan tahun ni tak semewah sebelum-sebelum ni, mungkin homesick! Aku berniat untuk melakukan solat terawih penuh pada tahun ni sekiranya tak ada apa-apa yg menghalang. Jadi nak tak nak, kena lah beranikan diri untuk pergi ke surau/masjid yang berdekatan dengan taman perumahan. Seronok sebenarnya bila kita dapat kenal ramai orang baru, tapi majoritinya semua adalah dalam lingkungan 35 tahun ke atas. Di sini agak berbeza dengan surau di Cheras dari segi rakaat yg d...