Posts

Showing posts from December, 2009

Last Entry for 2009

Image
Selamat Datang 2010, mungkin ketika detik 1.1.2010 aku akan berada di dalam jip din untuk ke Lembah Berembun. Hey gajah, hey rusa, hey air terjun jumpa kamu nanti yeh matahari : aku tak pasang lagi azam 2010 aku, hem update azam nanti ah. esh

Dear mister year 3, semester 2

Aku kuat makan maggie, semua semua makanan yang paling tak berkhasiat tu semua makanan kegemaran aku, aku kuat makan jugak tu sebab badan aku tak macam maya karin. Aku baru je tengok aimsweb.utm tadi, status kewangan aku SILA JELASKAN YURAN ANDA SEGERA, ptptn tak menyebelahi aku, tu sebab ptptnrian semua gembira hari ni, sebab duit dah masuk. Aku pula sedang berkira-kira cukup atau tak duit yang dalam dompet untuk sara hidup aku sebulan ni, hemm buleh tak bayar yuran secara sikit-sikit, orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan.hahah haaa buleh. Angan-angan tinggi, nak pergi singapura lah, nak ikut kakak pergi mabul lah, tapi kau kene ingat nadia, walaupun site kau kat KEJORA je sem nie, duit mesti nak guna! Jadi sila berjimat cermat walaupun member kau ajak kau makan mewah-mewah. Haiya buleh tak kalau makan sehari sekali je. Boleh kan..

Riak pagi saya

Aku nampak, semua muka ceria sambut sem baru, ada yang pakai baju baru, ada yang pakai eye liner, ada yang pakai lipstick, ada yang dah potong rambut, ada yang dah berisi, ada yang dah berjambang, ada yang makin putih , ada yang makin gelap, dan sebagainya. Alahai dalam kepala aku, " haiya, 1 January 2010 Johor tada cuti wo, apa macam? " banyak benda aku nak tulis, last sekali benda nie yang keluar