Posts

Showing posts from November, 2010

Paper 1st : Transportation Planning 8-11-2010

Image
Dua subject untuk final ni, Transportation Planning yang sudah berakhir pada pagi tadi, dan pada hari rabu ini English for Communication. Saya mulakan exam di iringi dengan doa, tapi saya juga turut di iringi sakit perut yang berpanjangan sehingga ke minit ke 30minit before tamat masa. Oh boleh tak saya nak merungut tentang soalan spot yang di buat tapi satu dua je yang masuk dan selainnya, alhamdulillah boleh di jawab tapi tak tahu lah betul atau tak :) Semalam, saya mengadu dengan Imran,saya tak boleh nak terima ilmu yang di baca walaupun saya dah baca dua tiga kali nota yang di buat. Jadi Imran pun nasihatkan saya untuk solat dahulu, dan minta keredhaan Allah untuk menuntut ilmu. Katanya berapa banyak yang di bawa, tapi kalau masih belum tunaikan apa yg wajib, takkan dapat keredhaan darinya. Jadi saya pun menunaikan semua tanggungjawab saya dahulu, dan Alhamdulillah saya boleh buat lepas tu :) Jadi sama lah dengan tadi, apa yang boleh di lakukan adalah tawakal dengan usaha ya...

Usaha tangga kejayaan *wah*

Image
Sampai sahaja ke bumi Johor Bahru pada hari Ahad yang lalu, aku terus bergegas di hadapan muka latop untuk meneruskan kerja-kerja yang masih dalam 20% siap. Dalam hati kuat berkata "Ok aku boleh siapkan on time" . Dan hari ini, aku boleh tersenyum lebar kerana semua tugasan yang di rancang siap dalam masa yang di tentukan. Alhamdulillah. Wee sketchup pertama di atas pelan susun atur yang didesign sendiri dan hasil titik peluh diri sendiri, *Bangga* :D Selamat berjaya untuk exam minggu depan dan viva pada minggu yang seterusnya. Ps : Pada yang lain juga