Posts

Showing posts from June, 2016

Day 1 : Seoul, Korea : Ke Ewha Women Universiti

Image
Seterusnya kami ke Ewha Women University. Apa yang menarik di Ewha Women Univ. ini adalah kawasan ini terkenal dengan fashion street yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian, kelengkapan cosmetic, kasut dan tempat makan. Selain itu, pelancong dibenarkan untuk masuk ke dalam beberapa kawasan tertentu di dalam Ewha Women Universiti. Kepada penggemar kepada dessert, di sini ada Korea Dessert Cafe untuk Mango Sulbing, dan Beans Bins Coffe untuk  Strawberry Cheese Waffle. Tapi macam kami, dah terlalu kenyang, kami try dessert2 ni di cawangan Myeondong. Untuk ke sini hanya selang 2 station dari Sinchon St. Exit 2. Kami masih belum sampai pun lagi ke guesthouse, terpaksalah kendung bag 7 kg ni. Simple je Universiti ni, tak ada pagar. Kami masuk sampai ke kawasan yang dibenarkan untuk pelancong sahaja. Penat dan sejuk untuk berjalan sampai ke dalam-dalam.     Cantik, itu jelah yang keluar dari mulut aku sepanjang berada di sini. Mungkin agak selesa untuk belajar sambil enjoy