Posts

Showing posts from July, 2014

Cerita sebelum raya

Aku baru saja pulang dari menziarahi kubur nenek, kakek, mak dan paman. Terasa seakan mereka ada disekeliling aku ketika aku membacakan surah yasin kepada mereka. Aku membesar dengan mengenali kubur mak pada usia 5 tahun, kubur kakek pada usia 16 tahun, kubur paman pada usia 20 tahun dan kubur nenek pada 26 tahun. Terlintas difikiran yang kat mana agaknya aku akan dikebumikan sekiranya terjadi apa-apa kepada aku kelak. Di Kedah kah? Di Kuala Lumpur kah? atau di Teluk Intan juga? Hehe Biar Allah uruskan semuanya. Jadi raya tahun ni, aku berkeputusan untuk tetap berapa di Teluk Intan bersama-sama bikla dan shida. Abah dan mak ada bertanya, tapi aku hanya menyatakan yang bukan mereka tak biasa beraya tanpa aku. (Hi-hi) Tanpa kehadiran nenek pada tahun ini, agak kekok untuk kami menyediakan persiapan raya yang akan menjelang pada keesokkan harinya. Ditambah pula semua sepupu-sepupu dan adik beradik akan beraya di rumah mak mentua pada raya pertama dan kedua. Tak pelah, kami cuba untuk m

Pulau Perhentian; Part 2

Image
Tepat jam 2.00 petang, Remy sudah menunggu dihadapan muka pintu bilik menunggu kami untuk ke  Rawa Island. Guider yang akan menemani kami pada petang itu adalah Azma Setelah selesai segala urusan kami bergerak ke pit stop yang pertama iaitu Rawa Beach. Rawa Beach adalah point snorkeling pengenalan bagi individu yang baru kali pertama melakukan snorkeling. Rawa beach terkenal dengan pasirnya yang halus dan hanya pit stop ini sahaja mempunyai pantai, yang selebihnya kami dikehendaki terjun terus dari bot. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari B’First Resort dan akhirnya kami sampai ke Rawa Beach. Subhanallah bergitu jernih air laut sehingga aku dapat melihat ikan-ikan yang sedang bermain-main disebalik coral. Teruja sungguh anak bandar ini melihat keindahan semula jadi yang takkan ada di kawasan halamannya. Hanya kami bertiga sahaja untuk aktiviti Pulau Rawa ni, oleh itu setiap dari kami diberi perhatian sepenuhnya oleh Azma. Pada mulanya  Azma membawa Kak Nat